malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Perak minta sepak takraw tak digugurkan
Diterbitkan:  Jan 10, 2018 6:50 PM
Dikemaskini: 10:52 AM
ADS

Kerajaan negeri Perak meminta Majlis Sukan Negara (MSN) supaya tidak menggugurkan acara sepak takraw daripada dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di negeri itu dari 12 hingga 22 Sept ini.

Menteri Besar ,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau meminta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya mengadakan perbincangan dengan pihak MSN untuk mempertimbangkan perkara itu.

“Kita menghormati keputusan MSN menggugurkan sukan terbabit namun saya juga amat simpati dengan persatuan sepak takraw kerana permainan itu seperti permainan tradisi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada 12 Dis lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras negara berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Tindakan itu menyaksikan tiga sukan terbabit turut digugurkan pada SUKMA 2018 di Perak serta penglibatan dalam pelbagai program MSN dan Kementerian Pendidikan akan dihadkan.

-Bernama

Lihat Komen