malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Shalin raih tempat ketiga di Sweden
Diterbitkan:  Jan 8, 2018 5:37 PM
Dikemaskini: 9:47 AM
ADS

Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan meraih tempat ketiga pada edisi ke-38 Kejohanan Boling Antarabangsa AIK di Stockholm, Sweden, lewat Ahad (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Pemain berusia 39 tahun itu yang memenangi satu pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Boling Dunia 2017, memberikan tentangan sengit terhadap Bernice Lim dari Singapura dalam aksi final stepladder pertama, sebelum tumpas dengan 220-226 jatuhan pin.

Atlet Singapura itu muncul juara pada kejohanan tersebut.

Shalin meraih hadiah wang tunai 20,000 Krona Sweden (RM9,772) atas pencapaiannya itu.

Bernice menjuarai kejohanan berkenaan selepas menewaskan pilihan utama, Jesper Svensson dari Sweden dengan 240-233 jatuhan pin pada aksi final stepladder kedua pada kejohanan itu yang berlangsung di Bowl-O-Rama, demikian menurut laman sesawang kejohanan; www.aiktournament.se.

Dalam divisyen lelaki, Muhammad Rafiq Ismail muncul pemain terbaik Malaysia apabila melakukan 3,251 jatuhan pin untuk menduduki tempat keempat, manakala seorang lagi wakil negara, Adrian Ang tersingkir pada pusingan awal.

Sejumlah 455 atlet melibatkan 359 pemain lelaki dan 96 wanita dari 20 negara menyertai kejohanan pembukaan musim Jelajah Boling Eropah 2018 itu.

- Bernama

Lihat Komen