malaysiakini logo
story-image
ADS

Seorang pengurus pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Mas Azmimin Ahmad hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim, pagi ini.

Pengurus pasukan berusia 38 tahun itu ditahan pada 3.25 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi rasuah kepada pemain-pemain pasukan lawan sebagai balasan memastikan kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 Nov lepas.

Lelaki berkenaan hadir di mahkamah di sini pada 9.40 pagi menaiki kenderaan SPRM dan memakai baju lokap SPRM. Turut hadir peguam mewakilinya Raftfizi Zainal Abidin.

Semalam, seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

 

-Bernama

Lihat Komen