malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Kim Swee senarai 4 pemain B-19 ke kem latihan pusat
ADS

Empat tonggak skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara antara 30 pemain yang disenaraikan Ketua Jurulatih Skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China Januari depan.

Empat pemain itu ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat dari Kelantan, K.Thivandaran (Pulau Pinang), Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) dan Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta'zim II) yang berjaya membantu skuad B-19 kendalian Bojan Hodak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2018.

Kim Swee turut menyenaraikan semula empat pemain yang digugurkan dalam skuad Projek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Dalam pada itu, penyerang Pulau Pinang S.Kumaahran yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut serta dua pemain Kedah Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa yang berada di dalam skuad projek KL2017 digugurkan Kim Swee.

Skuad B-22 kebangsaan dijadual membuat persediaan awal selama tiga minggu di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Isnin depan sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 17 Dis untuk sesi latihan pusat kedua selama 14 hari di sana.

Selepas itu, skuad B-22 negara akan berlepas ke Nanjing, China bagi menamatkan sesi kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sebelum dijadual tiba di Changshu pada 6 Jan untuk menghadapi saingan Kejohanan AFC B-23 2018.

Skuad negara yang diundi berada di dalam Kumpulan C akan memulakan kempen berdepan Iraq pada 10 Jan diikuti Jordan pada 13 Jan sebelum menamatkan aksi saingan kumpulan menentang Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Berikut adalah senarai 30 pemain yang dipanggil Kim Swee:

1. Haziq Nadzli, 19 - Penjaga Gol JDT

2. Ifwat Akmal Chek Kassim, 21 - Penjaga Gol Kedah

3. Ahmad Syihan Hazmi Mohame, 21 - Penjaga Gol Kelantan

4. Amierul Hakimi Awang, 22 - Penjaga Gol Terengganu

5. Dominic Tan, 20 - Pertahanan JDT

6. Adam Nor Azlin, 21 - Pertahanan JDT

7. Adib Zainudin, 22 - Pertahanan Felcra FC

8. Raphi Azizan Mariappen, 21 - Pertahanan PJ Rangers FC

9. Shivan Pillay Asokan, 17 - Pertahanan PKNS FC

10. Irfan Zakaria, 22 - Pertahanan Kuala Lumpur

11. Syazwan Zaipol Bahari, 22 - Pertahanan PKNP FC

12. Syamer Kutty Abba, 20 - Tengah JDT

13. Danial Ashraf Abdullah, 20 - Tengah Kelantan

14.Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18 - Tengah Kelantan

15 Nor Azam Abdul Azih, 22 - Tengah Pahang

16 Kogileswaran Raj, 19 - Tengah Pahang

17 Danial Amier Norhisham, 20 - Tengah Felda United

18 Ahmad Khairil Anuar Zamr, 22 - Tengah Perak

19 K.Thivandaran ,18 - Tengah Pulau Pinang

20 Matthew Davies, 22 - Sayap Pahang

21. Syazwan Andik Ishak, 21 - Sayap JDT ll

22. Tommy Mawat Bada, 21 - Sayap PJ Rangers FC

23. Syahmi Safari, 19 - Sayap Selangor

24. Safawi Rasid, 20 - Penyerang JDT

25. Syafiq Ahmad, 22 - Penyerang Kedah

26. Akhyar Rashid,18 - Penyerang Kedah

27. N.Thanabalan, 22 - Penyerang Felcra FC

28. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17 - Penyerang JDT ll

29. Jafri Firdaus Chew, 20 - Penyerang PKNS FC

30. Sean Eugene Selvaraj, 21 - Penyerang Negeri Sembilan

-Bernama

 

 

Lihat Komen