Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menebus maruah dengan mudah
Menurut laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia, Chong Wei yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan hanya memerlukan 31 minit menundukkan Leverdez dengan
Sebelum ini, Chong Wei tewas mengejut kepada pemain itu seawal pusingan pertama di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos.
Menanti beliau di perlawanan seterusnya di antara Jonatan Christie dari Indonesia atau Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.
Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen turut mara ke suku akhir selepas menewaskan
Chong Wei dijangka bertemu Axelsen pada pusingan separuh akhir sekiranya kedua-dua pemain itu berjaya melepasi pusingan suku akhir.
Cabaran beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada Liu Cheng-Zhang Nan dari China dengan 16-21, 14-21. -Bernama