malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Vingada - perlu berundur atau tidak?
Diterbitkan:  Nov 15, 2017 7:34 PM
Dikemaskini: 11:37 AM
ADS

Idea untuk memecat atau menggantikan jurulatih setiap kali pasukan negara mengalami prestasi buruk perlu dikaji dengan lebih mendalam, kata Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar.

Katanya ketua jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada wajar diberikan sedikit lagi masa untuk membuktikan kehebatan falsafah bola sepak yang dimilikinya.

“Sebelum ini pun, kita sering menukar jurulatih tetapi kita masih di takuk yang sama. Jadi apakah jaminan jika dengan pemecatan Vingada kali ini boleh membawa kejayaan kepada skuad negara?” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hairuddin berkata Vingada perlu diberi masa mungkin sehingga tamat pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada Mac tahun depan dan dalam tempoh tiga bulan itu mungkin beliau mampu melakukan suatu perubahan positif.

Namun, bekas penyerang skuad kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berpendapat sebagai seorang jurulatih yang gagal mengendalikan pasukan meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan, Vingada perlu melepaskan jawatannya itu dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Saya pernah bermain di bawah dua jurulatih asing iaitu Allan Harris dan Bertalan Bicskei. Kedua-dua jurulatih itu disingkirkan susulan prestasi buruk skuad negara ketika itu.

"Ia bukan suatu fenomena yang asing dalam dunia bola sepak apabila anda gagal mencapai sesuatu sasaran yang ditetapkan, anda perlu berundur,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen