malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 7:12 AM
Dikemaskini: Nov 14, 2017 3:14 AM
ADS

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas diikat Sweden 0-0 dalam aksi timbal balik di Stadium San Siro, awal pagi tadi.

Sweden layak ke Piala Dunia Rusia 2018 menerusi agregat 1-0. Ini selepas mereka menempa kemenangan dalam pertemuan timbal balik pertama menerusi jaringan tunggal Jakob Johansson, penampilan pertama di aksi final Piala Dunia sejak 2006.

Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Pada aksi penuh mendebarkan yang mencetus banyak ketegangan dan drama, Sweden boleh dianggap terselamat daripada deretan serangan tuan rumah yang bertali arus.

Itali yang tidak pernah gagal beraksi di kejohanan elit itu sejak 1958 menguasai sebahagian besar permainan sehingga memaksa Sweden berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan aksi.

Mereka berjaya mencipta beberapa peluang, tetapi gagal menembusi gawang Sweden yang dikawal Robin Olsen.

Peluang terbaik tuan rumah untuk menjaringkan adalah menerusi Ciro Immobile tetapi percubaannya digagalkan Olsen, sebelum Victor Lindelof mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

- Agensi

Lihat Komen