malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Piala baru untuk Liga Super
Diterbitkan:  Sep 19, 2017 11:25 PM
Dikemaskini: 3:31 PM
ADS

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) hari ini memperkenalkan piala baru Liga Super yang berkonsepkan futuristik dan elegan.

Piala baru itu dilancarkan bersama Persatuan Bola Sepak malaysia (FAM) dalam satu sidang media di Johor Bahru tadi.

"Kejayaan sesebuah organisasi patut diambil kira dalam semua aspek secara terperinci. Salah satunya adalah nilai dan kualiti trofi dalam pertandingan.

"Trofi merupakan satu simbolik bahawa ia adalah era baru," kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seperti dipetik Stadium Astro.

Turut sama adalah Setiausaha Agung FAM Datuk Hamiddin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam.

Memetik laman Harian Metro, Kevin berkata piala itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan oleh tukang emas diraja dengan nilai hampir mencecah RM200,000.

Ia diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen, katanya lagi.

Menurut laporan itu, nama pemenang akan diukir di bawah piala, manakala logo di bahagian tengah.

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku juara Liga Super tahun ini bakal menjadi pasukan pertama yang menjulang piala itu.

Lihat Komen