malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Guna pengangkutan awam ke perasmian Sukan Para Asean
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 10:21 PM
Dikemaskini: 2:22 PM
ADS

Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara perasmian Sukan Para ASEAN Kesembilan (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Jawatankuasa Pengelola Malaysia KL2017 (MASOC), dalam kenyataan hari ini, berkata stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang terdekat LRT Bukit Jalil dengan pengguna daripada laluan lain boleh buat pertukaran LRT di stesen Sri Petaling dan dan stesen Masjid Jamek.

Bagaimanapun, waktu operasi perkhidmatan LRT dan KTM Komuter tidak dilanjutkan.

Menurut MASOC, semua laluan sekitar kawasan Kuala Lumpur Sports City di Bukit Jalil (KLSC) akan ditutup sepenuhnya dan orang awam dinasihatkan untuk datang awal ke stadium.

"Zon menurunkan penumpang bas, teksi dan perkhidmatan Grab hanya di tepi stesen LRT Bukit Jalil iaitu di Jalan Merah Cagar," katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang memandu sendiri, tempat letak kenderaan orang awam disediakan di Technology Park Malaysia (TPM) yang dibuka dari jam 3 petang tanpa sebarang bayaran.

Perkhidmatan perantara percuma serta bas khas Orang Kelainan Upaya (OKU) akan disediakan selang 10 minit untuk pergerakan dari tempat letak kenderaan di TPM ke stadium dan sebaliknya.

Dalam pada itu, sebanyak 150 tempat letak kenderaan Zon B di stadium berkenaan disediakan untuk kenderaan berpelekat OKU dan perkhidmatan buggy disediakan untuk ke stadium.

Pintu stadium akan dibuka seawal pukul 4 petang manakala program praacara pula akan bermula pada pukul 6 petang sebelum upacara perasmian bermula jam 8.15 malam.

MASOC juga berkata hanya penonton yang mempunyai pas yang sah, kad jemputan dan akreditasi sahaja dibenarkan masuk ke stadium.

-- Bernama

Lihat Komen