malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
200 sertai kejohanan boling terbuka UniMAP, CEN-D
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 3:23 PM
Dikemaskini: 7:36 AM
ADS

Seramai 200 pemain mewakili 55 pasukan menyertai Kejohanan Boling Terbuka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)/CEN-D 2017 di Ampang Superbowl Summit USJ Subang Jaya, Selangor bermula hari ini hingga 17 Sept.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP Suhizaz Sudin berkata kejohanan julung kali dianjurkan itu adalah inisiatif Pusat Sukan UniMAP bagi menjana pendapatan universiti yang turut ditaja oleh Syarikat Minda Teguh Trading yang mengeluarkan produk kesihatan, CEN-D.

"Pasukan yang mengambil bahagian antaranya pasukan Sukma negeri-negeri, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan majlis-majlis bandaraya," katanya dalam satu kenyataan media di Kangar, hari ini.

Suhizaz berkata setiap pasukan diwakili tiga pemain bagi acara individu, berpasangan dan tiga sepasukan dan dijalankan mengikut blok-blok ditetapkan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang.

Seramai 30 pengamal media mewakili agensi media tempatan turut menyertai kejohanan itu dalam kategori khas, katanya dan menambah Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dijangka menyampaikan hadiah kepada pemenang Ahad ini.

- Bernama

Lihat Komen