malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Neymar kritik pengurusan Barcelona
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 3:54 PM
Dikemaskini: 8:03 AM
ADS

Bekas bintang Barcelona, Neymar mengakui kecewa dan sedih melihat keadaan kelab gergasi Sepanyol yang pernah menjadi tempat dia bernaung sebelum ini.

Penyerang yang kini bertapak di Paris itu mendakwa, wujudnya keadaan yang tidak berdaya saing melibatkan pengurusan Barcelona.

Perkara itu dikatakan turut menjadi faktor pemain kebangsaan Brazil itu berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

"Ketika saya pergi (ke Barcelona), segalanya berjalan dengan baik. Tapi kemudiannya di Barcelona ada beberapa pengarah yang sepatutnya tidak berada di sana. Saya sangat sedih.

"Barcelona selayak mendapat khidmat daripada orang yang lebih baik," katanya seperti dilaporkan Soccerway.

Neymar kini berstatus pemain bola sepak termahal di dunia selepas PSG membeli pemain itu melibatkan yuran perpindahan mencecah RM1.1 bilion.

"Empat tahun saya berasa sangat bahagia, saya ada ramai kawan di sana. Saya harap Barcelona akan lebih baik selepas ini dan menjadi kelab yang lebih kompetitif," tambah penyerang 25 tahun itu.

Sementara itu, selepas pemergian pemain itu ke PSG, Barcelona dilihat seperti cacing kepanasan dalam usaha mereka mencari pengganti Neymar.

Usaha mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Philippe Coutinho dan pemain Borussia Dortmund, Ousmane Dembel setakat ini belum berhasil ketika jendela perpindahan berbaki 10 hari lagi.

Lihat Komen