malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
KFA yakin Helang Merah ke pentas AFC
Diterbitkan:  Aug 11, 2017 12:18 PM
Dikemaskini: 4:19 AM
ADS

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin usahanya untuk mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan ia beraksi dalam Piala AFC musim depan tidak akan menghadapi masalah.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata pihaknya melakukan segala yang boleh termasuk memohon bantuan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) bagi memastikan usaha KFA berhasil.

"Kita lakukan semua yang terbaik untuk mendapatkan lesen sebelum tarikh akhir iaitu Oktober ini. Setakat ini kita tidak mempunyai masalah memandangkan KFA telah melepasi audit pertama oleh AFC pada Jun lalu.

"Cuma ada beberapa aspek yang perlu kita perbaiki dan kami yakin semuanya akan selesai sebelum tarikh akhir yang ditetapkan AFC, " katanya kepada pemberita di tapak Kompleks Litar Sukan Bermotor di Bandar Amanjaya, Sungai petani, semalam.

Isu lesen tersebut timbul apabila Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa hanya pasukan JDT dapat beraksi di kejohanan Piala AFC memandangkan Kedah tidak mempunyai lesen kelab tersebut.

Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017. Sebelum ini hanya JDT pencabar dari Malaysia pada pertandingan bola sepak berstatus kelab kedua berprestij di Asia itu.

Bagaimanapun, KFA perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen tersebut memandangkan AFC telah mengubah peraturannya baru- baru ini dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC mempunyai lesen kelab AFC bagi saingan musim 2018.

Setakat ini hanya JDT yang mempunyai lesen kelab AFC daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia.

-Bernama

Lihat Komen