malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Sukan
PSG bayar Neymar RM2.81 juta seminggu
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 12:12 PM
Dikemaskini: 4:17 AM
ADS

Bintang bola sepak Brazil, Neymar akhirnya sah meninggalkan Barcelona dan menyarung jersi Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai pembelian berjumlah £198 juta (RM1.1 bilion).

Dia yang kini bergelar bekas pemain Barcelona dilaporkan akan diperkenalkan sebagai pemain baru PSG, Sabtu ini.

Dengan kontrak selama lima tahun, Neymar dilaporkan bakal menikmati gaji bernilai £500,000 (RM2.81 juta) seminggu di Paris serta tambahan komisyen pengiklanan dan penajaan.

Neymar sebelum ini dispekulasi akan memilih PSG sebagai destinasi kariernya dalam jendela perpidahan musim panas ini.

Dia dikatakan mahu meninggalkan Barcelona kerana tidak mahu lagi dibayangi rakan sepasukan, Lionel Messi.

ADS

Penghijrahan penyerang 25 tahun itu sekali gus memecahkan rekod sebagai pemain termahal dunia yang sebelum ini dipegang Paul Pogba dengan nilai 95 juta Euro (RM533 juta) dalam perpindahan dari Juventus ke Manchester United.

"Saya sangat gembira dapat bersama PSG. Sejak saya tiba di Eropah, kelab ini menjadi salah satu yang paling kompetitif dan bercita-cita besar," katanya dalam kenyataan rasmi kelab.

"Ujian terbesar saya dan rakan-rakan baru adalah untuk membantu kelab meraih gelaran yang diinginkan penyokong.

"Mulai hari ini, saya akan melakukan semua yang termampu untuk membantu rakan sepasukan, membuka lembaran baru dan memberi kegembiraan kepada jutaan peminat di seluruh dunia," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen