malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
BAM lega kecederaan Jin Wei tak serius
Diterbitkan:  Jul 28, 2017 5:16 PM
Dikemaskini: 9:20 AM
ADS

Perkhabaran positif mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain peseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, sedikit melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dilakukan Insitut Sukan Negara (ISN) semalam menunjukkan tiada tanda bekas juara remaja dunia 2015 itu mengalami kecederaan kritikal.

Mohamad Norza turut yakin kecederaan buku lali yang dialami atlet itu sewaktu beraksi di Kejohanan Remaja Asia di Jakarta Isnin lepas dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

"Bagi saya ini adalah berita baik kerana imbasan MRI yang dilakukan sebanyak dua kali menunjukkan Jin Wei tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dia boleh kembali pulih sebelum Sukan SEA berlangsung," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Marina Chin meninjau persiapan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia, di Kual Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Norza menggesa semua pihak supaya tidak memperbesar isu kecederaan atlet berusia 17 tahun tersebut dan memainkan peranan membantu skuad badminton negara mencipta kejayaan pada temasya dwitahunan berkenaan.

"Saya berharap semua pihak terus memberi sokongan bukan sahaja kepada Jin Wei tetapi semua pemain untuk berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Sukan SEA," katanya.

- Bernama

Lihat Komen