malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Chong Wei ambil semangat Roger Federer
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 7:11 PM
Dikemaskini: 12:07 PM
ADS

Ketika usia semakin menginjak ke angka 35 tahun, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tetap meneruskan perjuangan untuk memburu Kejuaraan Dunia pertama di Scotland pada 21 hingga 27 Ogos depan.

Di sebalik semangat juang tinggi yang dimiliki itu, Chong Wei mengambil semangat pemain tenis dunia, Roger Federer.

Pemenang pingat perak Olimpik 2916 itu mengakui, dia terinspirasi dengan kejayaan Federer yang baru saja meraih gelaran kelapan Grand Slam Wimbledon ketika usia mencecah 35 tahun.

Chong Wei berpendapat, Federer sentiasa dahagakan kemenangan dan berusaha keras untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

"Roger Federer meningkatkan reputasinya sebagai pemain tenis hebat dengan menjulang gelaran kelapan Wimbledon, saya begitu bersemangat untuk mengikuti kejuaraan dunia. Dia lebih berusia setahun daripada saya.

"Jika dia boleh menang, tentu saya juga boleh," katanya seperti dilaporkan badmintonplanet.

Bagaimanapun, pemain nombor tiga dunia itu sedar perjuangan meraih gelaran dunia itu bukan sesuatu yang mudah.

Tambahnya, persaingan lebih sukar dengan cabaran empat pemain dari China iaitu Shi Yuqi, Tian Houwei, Lin Dan, dan juara bertahan, Chen Long.

"Saya sudah berlatih selama tiga minggu di bawah jurulatih Datuk Misbun Sidek, dan diharap dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental," katanya.

Lihat Komen