malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Ziyad: Saya orang Malaysialah!
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 3:00 PM
Dikemaskini: 7:16 AM
ADS

Selepas kejayaannya memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki kategori F20 di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 17 Julai lalu, Muhamad Ziyad Zolkefli melontarkan teguran buat rakyat Malaysia.

Melalui satu tulisan di Twitter, anak kelahiran Selangor itu memberi pesanan agar rakayat Malaysia tidak melabelnya dengan mana-mana negeri.

Sebaliknya, tegas atlet berusia 27 tahun itu, dia adalah anak Malaysia dan hakikat itulah yang patut dibanggakan.

"Tak perlulah nak kata saya orang Johor, orang Peraklah, orang Sabahlah.

"Apa pun saya mewakili seluruh Malaysia, itu yang patut dibanggakan," kata Ziyad.

 

 

Terdahulu, di temasya yang berlangsung di Stadium Queen Elizabeth Olympic Park itu, Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter, memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.

Sementara itu, dalam tulisan berasingan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu berharap kejayaannya akan disusuli dengan 'resmi padi'.

Tulisan itu memperlihatkan betapa Ziyad sentiasa mengambil berat terhadap dirinya supaya tidak lupa diri dengan kejayaan yang diperolehi.

"Semoga aku jadi macam pepatah Melayu, semakin masak padi semakin tunduk ke bumi. Kalau salah betulkan," ujarnya.

Lihat Komen