malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Jun Hoong hadiahkan emas dunia untuk Malaysia
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 3:39 AM
Dikemaskini: Jul 20, 2017 3:29 AM
ADS

Atlet negara, Cheong Jun Hoong mencipta kejutan dengan meraih pingat emas dalam acara 10m platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, awal hari ini.

Kejayaan itu sekali gus menjadi sejarah baru buat Malaysia dalam acara tersebut.

Lebih mengejut, atlet berusia 27 tahun itu menewaskan atlet dari China yang juga peserta pilihan kejohanan.

Jun Hoong meraih 397.5 mata mendahului dua wakil China iaitu Si Yajie di tempat kedua (396 mata) dan Ren Qian ketiga (391.95 mata).

Sementara itu, Facebook kejohanan tersebut dalam satu kenyataan berkata, kejayaan Jun Hoong satu kejutan besar dengan mengalahkan atlet China.

"Kita boleh jangka Malaysia menaiki podium seperti dilakukan Pandelela Rinong pada tahun 2015 di Kazan dengan meraih pingat gangsa.

"Tetapi malam ini, rakan senegaranya meraih emas buat julung kalinya untuk Malaysia," kata kenyataan itu.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Pandelela bagi acara itu selepas berada pada kedudukan kesembilan.

Terdahulu, gandingan Jun Hoong dan Pandelela berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada kejohanan sama, 17 Julai lalu.

Lihat Komen