malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Klopp yakin Salah bersinar di Anfield
Diterbitkan:  Jul 18, 2017 3:09 PM
Dikemaskini: 7:11 AM
ADS

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan mengambil kisah terhadap rekod kurang menyerlah penyerang barunya, Mohamed Salah ketika bersama Chelsea sepanjang musim 2014/2015.

Malah, jurulatih dari Jerman itu tetap berkeyakinan bahawa bintang dari Mesir itu akan bersinar bersama skuad The Kop.

Kembalinya Salah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sedikit sebanyak mengundang tanda tanya selepas keberadaan bersama skuad The Blues sebelum ini dilihat gagal.

Salah hanya menyumbang dua gol dan empat assist dalam 19 penampilannya bersama Chelsea termasuk 13 penampilan di EPL.

Rekod tersebut bagaimanapun tidak membimbangkan Klopp. Dia yakin pemain sayap 25 tahun itu akan tampil berbeza bawah kendaliannya.

"Ramai pemain yang sudah menunjukkan bahawa sukup senang untuk menghadapi kesukaran di Chelsea, Kevin De Bruyne salah seorang," katanya seperti dilaporkan The Mirror.

"Satu-satunya perkara yang benar-benar kami abaikan adalah apa yang dia (Salah) lakukan di Chelsea. Dia pemain kaki kiri dan kami tidak ramai pemain seperti itu dalam pasukan.

"Ini semua membuatkan dia sangat berharga untuk pasukan," kata Klopp.

Salah yang dibawa dari Roma ke Anfield telah membantu Liverpool dengan menjaringkan satu gol penyamaan pada perlawanan pramusim menentang Wigan Athletic pada 15 Julai lalu.

Gol Salah telah menyelamatkan Liverpool daripada diaibkan pasukan lawan yang mendahului jaringan dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

"Kini saya gembira. Dia perlu banyak belajar dan kami gunakannya ketika bertemu Wigan Athletic untuk beri pendedahan padanya.

"Sekarang kami perlu mula bekerja dengannya, sama ada dalam aspek fizikal mahupun teknikal," tambah Klopp.

Lihat Komen