malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Keluarga Abdelhak tak mahu mengalah
Diterbitkan:  Jul 17, 2017 9:33 PM
Dikemaskini: 1:39 PM
ADS

Walaupun doktor telah mengsahkan pemain tengah Ajax Amsterdam, Abdelhak Nouri mengalami kerosakan otak kekal, namun abang kepada pemain 20 tahun itu tetap tidak putus harapan.

Bagi Abderrahim, dia percaya bahawa ajaran agama Islam mengenai nasib seseorang ditentukan tuhan.

Katanya, doktor memberi keyakinan betapa adiknya tidak akan sembuh seperti sedia kala.

"Doktor agak yakin bahawa dia tidak akan pulih. Jika di sedar, tidak dapat berfikir, makan, bercakap, berjalan atau mengenali orang lain.

"Tetapi kami tidak berputus asa. Tuhan akan menentukan nasibnya.

"Agama kami (Islam) mengajar untuk menerima sesuatu dan kita berdoa untuk kesembuhannya," katanya seperti dilaporkan media Belanda, Algemeen Dagblad.

Pada 8 Julai lalu, pemain itu rebah pada minit ke-72 perlawanan pramusim ketika menentang wakil dari Jerman, Werder Bremen, di Austria.

Bantuan kecemasan segera diberikan kepada Nouri selepas pemain itu mengalami kesukaran bernafas sebelum rebah di atas padang.

Pemain kelahiran Amsterdam itu kemudiannya diterbangkan ke hospital di Innsbruck menggunakan sebuah helikopter.

Susulan itu, Nouri menerima rawatan di unit kawalan rapi (ICU) dan doktor mengesahkan otaknya tidak berfungsi kerana kekurangan oksigen.

Sementara itu Abderrahim berkata, mereka percaya kehidupan ini hanya bersifat sementara.

"Dan yang abadi akan hadir selepas ini. tetapi semua orang akan melihatnya menjaringkan gol terlebih dahulu," katanya.

Lihat Komen