malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Mourinho buru dua lagi pemain idaman
Diterbitkan:  Jul 15, 2017 6:29 PM
Dikemaskini: 10:35 AM
ADS

Setelah berjaya mendatangkan Romelu Lukaku dan Victor Lindelof ke Old Trafford, Manchester United (MU) nampak belum hentikan buruannya untuk mencari pemain baru.

Pengurusnya, Jose Mourinho menegaskan, skuad The Red Devils masih memerlukan dua pemain lagi.

"Kami belum menutup pintu, kami belum puas dengan hanya membawa Lukaku dan Lindelof.

"Kami perlukan lebih ramai, (iaitu) empat pemain. Jadi saya mengatakan bahawa 50 peratus urusan sudah selesai," katanya.

MU sebelum ini berjaya mengikat Lukaku dari Everton dan Lindelof dari kelab Benfica.

Kini, beberapa nama disebut menjadi perkiraan MU. Antaranya Nemanja Matic dari Chelsea, Eric Dier (Tottenham), Alvaro Morata (Real Madrid) dan Pierre Emerick Aubameyang (Dortmund).

Media Inggeris juga melaporkan, MU mungkin kembali mendapatkan khidmat Zlatan Ibrahimovic selepas penyerang itu pulih daripada kecederaannya.

Justeru, persoalanan siapa sebenarnya dalam radar pembelian Mourinho? Jurulatih dari Portugal itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Dia memilih untuk memberi jawapan selamat.

"Semuanya sangat sukar, saya tidak mahu berada di posisi Ed Woodward (timbalan pengerusi eksekutif MU) untuk berunding kerana semuanya sangat sulit," katanya.

"Jadi mungkin kami tidak dapat dua pemain, kami hanya dapat satu. Tapi kami perlukan seorang lagi untuk kami ada lebih banyak pilihan," jelasnya.

Senetara itu, ditanya kemungkinan dia akan membawa bekas anak buahnya ketika di Chelsea iaitu Matic, Mourinho memilih untuk menghormati The Blues.

"Saya tidak boleh komen sepatah pun mengenai pemain yang masih pemain Chelsea. Kita harus menghormati pemain, kelab, pemilik dan pengurusnya," katanya.

MU ketika ini sedang menjalani siri jelajah pramusim di Amerika Syarikat dan akan berdepan LA Galaxy pada 16 Julai.

Lihat Komen