malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Hilang kawalan bola dan kurang menguasai perlawanan antara aspek yang kini dititikberatkan oleh pengendali Felda United FC, B Sathianathan.

Bakal berdepan T-Team adalam aksi ke-16 Liga Super di gelanggang sendiri, bekas jurulatih kebangsaan itu memberi peringatkan supaya berwaspada dengan ancaman pasukan lawan.

"T-Team bukan lawan yang mudah, kita boleh tengok prestasi semasa mereka dan terbaru mereka menang ke atas pasukan Kelantan.

"Saya mahu pemain memberi fokus sepenuhnya untuk kita menguasai permainan. Selapas bertemu Sarawak pada perlawanan lalu, saya mahu pemain lebih cekap penguasai bola.

"Hilang kawalan bola antara punca kita dibolosi pasukan lawan," katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Sejak liga Malaysia 2017 bersambung Julai ini, skuad The Fighters mencatatkan rekod memberangsangkan dengan dua kemenangan dalam saingan Liga Super dan masing-masing satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Piala Malaysia 2017.

Pengendali 59 tahun itu berkata, dia positif untuk melihat pasukan berstatus kelab itu berada pada kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

"Kita berada di kedudukan kelima sekarang dengan sedikit perbezaan dengan pasukan Selangor di kedudukan keempat. Dengan baki tujuh perlawanan kami perlu merebut peluang dalam setiap perlawanan," kata Sathia.

Mengenai perlawanan malam ini, katanya, barisan pemain sudah bersiap-sedia walaupun faktor keletihan susulan jadual perlawanan padat terpaksa dihadapi.

"Mujurnya, keadaan pemain semuanya baik dan saya akan turunkan kesebelasan utama terbaik dalam setiap perlawanan kita hadapi," jelasnya.

Lihat Komen