malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
UiTM FC raih tiga mata percuma
Diterbitkan:  Jul 14, 2017 7:19 PM
Dikemaskini: 11:20 AM
ADS

Skuad bola sepak UiTM FC meraih tiga mata dan kemenangan percuma dalam perlawanan Liga Perdana berdepan MISC-Mifa, Jumaat lalu walaupun keputusan sebenar berakhir dengan skor 3-3.

Ia susulan kesilapan pengurusan MISC-Mifa menurunkan seorang pemain yang digantung perlawanan iaitu Mohamad Zamri Ramli yang dikenakan tiga kad kuning berturut-turut.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dalam kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut.

"Pemain tersebut adalah tidak layak untuk bermain dalam perlawanan berkenaan kerana digantung daripada bermain akibat mengumpul tiga kad kuning," katanya kenyataan itu.

Hukuman itu selaras dengan artikel 40, bahagian 7, peraturan pertandingan liga Malaysia 2017, pasukan-pasukan mempunyai tanggungjawab untuk memantau penggantungan pemain.

Malah, artikel 40 juga menyatakan bahawa surat pengesahan daripada FAM hanya surat pemakluman dan penggantungan berkuatkuasa serta merta walaupun surat pengesahan hukuman diterima lewat oleh pasukan.

"Dengan jelas, pasukan MISC- Mifa melanggar peraturan liga Malaysia 2017 dengan membenarkan seorang pemain yang tidak layak akibat digantung untuk bermain dalam perlawanan berdepam UiTM FC 10 Julai lalu," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, megikut Artikel 26.5, peraturan pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017, FMLLP boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang tidak layak.

Tambahan pula, Artikel 43.2, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017 telah menyatakan tindakan-tindakan yang boleh diambil ke atas pasukan yang melanggar peraturan FMLLP.

"Justeru, FMLLP melucutkan hak MISC0Mifa dalam perlawanan tersebut dan kemenangan percuma sebanyak 3-0 diberikan kepada pasukan UiTM FC.

"Keputusan ini selari dengan Kod Tatatertib FAM dan akan berkuatkuasa dengan serta merta," kata pengelola dan penganjur liga Malaysia 2017 itu.

Lihat Komen