malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Tiket 3 acara Sukan SEA 2017 habis dijual
Diterbitkan:  Jul 13, 2017 7:57 PM
Dikemaskini: 12:01 PM
ADS

Tiket bagi acara sukan bola keranjang, bola jaring dan taekwondo Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual bermula 14 hingga 30 Ogos depan telah habis dijual.

Menurut laman web rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur, http://www.kualalumpur2017.com.my, tiket bagi acara akhir pencak silat serta acara akhir renang turut laris dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) Datuk Seri Zolkples Embong ketika ditemui pemberita berkata bilangan tempat duduk di venue pertandingan tertentu berkemungkinan akan ditambah lagi.

Antara tempat duduk venue pertandingan yang akan ditambah ialah bagi acara bola jaring di Stadium Juara, Bukit Kiara dan sepak takraw di Stadium Titiwangsa.

"Stadium Juara (untuk acara bola jaring) boleh menampung sehingga 1,000 penonton dalam satu-satu masa, kita akan pertimbangkan untuk tambah tempat duduk," katanya selepas merasmikan platform Digital KL2017 di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya telah minta setiap persatuan sukan untuk perhalusi keadaan di setiap venue. Sekiranya tiket bagi sukan berkenaan telah habis dijual, mungkin kita boleh menambah bilangan tempat duduk di venue itu.

"Bagaimanapun, kita akan mengawal penambahan penjualan tiket itu dan keutamaan tetap akan diberikan kepada penyokong Malaysia," katanya.

-Bernama

Lihat Komen