malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Mora tinggalkan JDT
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 11:24 AM
Dikemaskini: 3:28 AM
ADS

Selepas kira-kira lima bulan menjadi tulang belakang skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora kini tinggalkan Safiq Rahim dan rakan-rakan.

Namun, dia akan kembali ke pangkuan JDT II untuk menggalas tugas melatih pemain-pemain muda pasukan itu.

Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Alistair Edward berkata, pihaknya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan sepanjang menjaga kelab.

"Sebelum ini kami tidak mahu membuat apa-apa keputusan mengejut memandangkan Mario Gomez (bekas jurulatih JDT) dan kami membawa haluan masing-masing dua hari sebelum Piala Sumbangsih.

"Oleh itu kami memerlukan seorang pengurus dan pengurus tersebut mestilah seseorang yang sudah berada dalam sistem kami supaya kami tidak perlu menghabiskan banyak wang.

"Seseorang yang bekerja untuk kelab dan memahami falsafah kelab. Dan individu tersebut adalah Benjamin Mora," katanya dalam kenyataan di Facebook JDT, hari ini.

Mora yang didatangkan dari Mexico menggantikan tugas ditinggalkan Gomez sejak Januari.

"Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh. Kami akan mengumumkan ketua jurulatih baru untuk JDT tidak lama lagi.

"Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini," tambah Edward sambil menyifatkan Mora sebagai jurulatih muda berpotensi.
 

Lihat Komen