malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Facebook JDT bidas media
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 6:43 PM
Dikemaskini: 10:49 AM
ADS

Facebook rasmi kelab bola sepak JDT hari ini membidas media-media tempatan kerana mengkritik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Lubnan, 13 Jun lalu.

"Segala kebaikan dan perkara positif yang telah dilakukan oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selama ini telah dilupakan dan tidak dihargai.

"Kredibiliti baginda dinilaikan dan dipertikaikan hanya dari satu perlawanan sahaja," kata kenyataan yang disiar di Facebook berkenaan.

Terdahulu, skuad kebangsaan bimbingan Nelo Vingada di bawah kepimpinan baru FAM diterajui Tunku Ismail tewas 1-2 dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019.

Susulan itu, beberapa media tampil membuat ulasan dan kritikan susulan kekalahan Safiq Rahim dan rakan-rakan dalam aksi di Stadim Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu.

Kenyataan itu berkata, ketika sejarah kegelapan bola sepak negara dimana lebih 100 pemain didapati terlibat dalam gejala rasuah, tiada pun media menyebut nama Sultan Pahang.

"Pada 2-3 tahun yang lepas ketika pasukan Malaysia kalah besar 10-0, 6-0 tiada sesiapa pun yang menulis nama DYTM Tengku Mahkota Pahang atau Dollah Salleh.

"Tetapi hari ini, selepas pasukan Malaysia tewas satu perlawanan dengan pasukan yang kuat, media telah menulis Tunku Mahkota Johor telah gagal," jelas laman rasmi Harimau Selatan itu.

Tambah JDT, situasi itu berlaku Tunku Ismail tidak memberi suapan kepada media dan menjaga ahli-ahli politik.

"Tahniah kepada media-media Malaysia," tambah kenyataan itu yang turut melampirkan beberapa keratan akhbar tempatan.

Lihat Komen