malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

BOLA KERANJANG | Selepas kemenangan pertama  ke atas China Shanghai, pasukan wanita negara terus menguasai gelanggang, kali ini menumpaskan Taiwan Fo Guang University sebanyak 23 mata, 75-52.

Meksipun skuad dari Taiwan itu memberikan saingan sengit pada separuh masa pertama dan dalam suku kedua, Malaysia kembali merapatkan mata dan sekali  gus mengambil peluang menyerang bertubi-tubi untuk menamatkan perlawanan.

Yap Fook Yee memimpin skuad Malaysia dengan pungutan mata terbanyak dengan 17 mata, 6 rebound dan 5 steal. Sementara itu, Pang Hui Pin memungut 12 mata, 10 rebound dan 6 assist.

Yap berkata, pertahanan pemain pada awal perlawanan tidak mencukupi, sehingga memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan.

"Mereka cukup pantas dan kami agak cemas dalam memperkukuhkan pertahanan gelanggang dalam separuh masa pertama. Mujurlah apabila masuk suku ketiga, kami memberi fo kami kini lebih baik daripada dulu," tambah Yap.

Pasukan Malaysia mendapat penguasaan awal dari skuad Taiwan itu dalam suku pertama tetapi hanya mendahului dengan satu mata, 16-15.

Saingan sengit menyukarkan skuad wanita kebangsaan untuk cuba mengekalkan penguasaan dalam gelanggang dan pasukan Taiwan pula kerap mendapat rebound yang lebih berbanding Malaysia.

Yu Ke-Hsin dan Hsieh Jun Chu masing-masing menyumbangkan 8 dan 6 mata untuk pasukan Taiwan manakala Kalaimathi dan Pang Hui Pin mendapat 8 dan 6 mata juga untuk Malaysia dalam separuh masa pertama. Suku kedua berakhir dan Fo Guang kembali menguasai perlawanan dengan perbezaan satu mata ke atas Malaysia, 28-29.

Skuad kebangsaan mula menyesuaikan strategi dalam separuh masa kedua dan mengembalikan penguasaan gelanggang.

Hasil jaringan empat mata daripada ketua pasukan Nur Izzati dan Yap Fook Yee yang turut menyumbangkan lima mata, sekali gus meletakkan Malaysia di hadapan Taiwan Fo Guang sebanyak 8 mata dalam 5 minit suku ketiga, 44-36.

Ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan Yoong Sze Yuin berkata secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain.

Katanya, mereka akan berdepan cabaran lebih hebat ketika berdepan pasukan Scotland yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan ketinggian, esok.

"Inilah antara kekangan dan cabaran buat kita tempuhi nanti," tambah Yoong.

Lihat Komen