malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Malaysia dominasi awal, China Shanghai akur
ADS

BOLA KERANJANG | Pasukan wanita kebangsaan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA lalu membuktikan ketangkasan dalam kejohanan MABA antarabangsa jemputan, mengalahkan China Shanghai 15 mata, 68-53.

Pasukan Malaysia yang pada mulanya mendominasi separuh masa pertama berdepan saingan daripada China Shanghai, namun skuad kebangsaan tampil lebih konsisten dan menamatkannya dengan kemenangan.

Skuad Malaysia mendahului dengan pungutan mata tertinggi daripada Yap Foo Yee sebanyak 20 mata manakala Pang Hui Pin dan Wong Mei Chyn masing-masing mendapat 12 dan 9 mata.

Skuad negara memulakan dominasi awal terhadap pasukan China itu dengan dua jaringan tiga mata hasil sumbangan daripada Yap Fook Yee dan Pang Hui Pin.

Dalam pada itu, penguasaan Kalaimathi dan Eugene dalam mengukuhkan pertahanan memberikan Malaysia pendahuluan yang baik dalam empat minit pertama dengan 9 mata, 12-3.

Suku pertama mudah buat skuad kebangsaan apabila mendahului China Shanghai sebanyak 18 mata, 28-10.

Pada suku kedua pula, China Shanghai setakat mampu menjaringkan lima mata pada 5 minit pertama, menjadikan kedudukan 37-15.

Jaringan peratusan yang tinggi menjangkaui 60 peratus oleh skuad Malaysia membenamkan peluang China Shanghai membolosi gelanggang Malaysia. Pasukan kebangsaan tamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan 24 mata, 41-17.

Pemain China, Shanghai Zhou Yuyan yang menjaringkan banyak mata dalam suku ketiga, berganding dengan dua pemain tinggi mereka, Han Xu dan Liu Hao yang menguasai bawah jaring dengan kukuh.

Malaysia sukar menembusi garisan dalam China Shanghai dan mereka mengejar kembali 23 mata dalam suku ketiga, 54-40. Malaysia pula setakat mendapat 13 mata dalam suku ini.

Ketika ditemui wartawan, ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan Yoong Sze Yuin memberitahu pemain China Shanghai belum menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasi mereka.

"Secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati dengan prestasi mereka khususnya dalam pertahanan kerana berdepan pemain yang mempunyai kelebihan dari segi ketinggian," kata Yoong.

Yoong juga menyatakan corak latihan di Jepun memberi kesan yang sangat positif dan setiap pemain mempunyai kelebihan sendiri dalam pasukan.

Berikut adalah keputusan dua perlawanan hari ini:

1. Taiwan Nanshan High School vs Taiwan Fo Guang University (69-75)
2. Malaysia (Wanita) vs China Shanghai (68-53)

Pasukan lelaki kebangsaan akan berentap dengan pasukan National Taiwan Normal University pada pukul 6 petang dan pasukan wanita kebangsaan pula akan bertemu Taiwan Fo Guang University pada pukul 8 malam.

Lihat Komen