malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Rasuah bola: FAS sokong gantung seumur hidup
Diterbitkan:  Jun 6, 2017 3:49 PM
Dikemaskini: 7:54 AM
ADS

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyokong penuh tindakan mengenakan hukuman gantung seumur hidup pemain dan pegawai daripada sebarang aktiviti sukan itu jika didapati terbabit mengatur keputusan perlawanan, kata presidennya, Datuk Posa Majais.

Beliau berkata, FAS juga menyokong keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi akses penuh kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan terhadap semua kelab dan persatuan bola sepak negeri.

"Kami menyokong usaha SPRM dalam membanteras segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa dalam industri bola sepak negara," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh pemain dan pegawai FAS bersama SPRM.

Majlis menandatangi IBR itu disaksikan oleh Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Badrul Shah Norman di Kuching, hari ini.

Posa berkata beliau berharap SPRM dan FAS akan dapat bekerjasama dalam memastikan tidak akan berlaku sebarang bentuk rasuah, mengatur perlawanan dan salah guna kuasa, khususnya di negeri Sarawak.

Katanya, FAS juga percaya serta berkeyakinan dengan ikrar berkenaan sebagai indikator FAS akan bakal melahirkan pemain-pemainyang berprestasi tinggi, berkualiti dan berintegriti.

'FAS juga berharap inisiatif yang diambil dapat menyakinan rakyat serta seluruh pemint sukan bola sepak di negeri Sarawak dan saya juga cukup bangga kerana FAS merupakan badan sukan yang pertama di negeri Sarawak yang berani menyahut cabaran untuk menandatangani IBR ini,

Sesungguhnya, ini menunjukkan komitmen FAS dalam usaha mengekang serta melenyapkan terus segala bentuk rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan sekiranya wujud dalam persatuan itu, katanya.

-Bernama

Lihat Komen