malaysiakini logo
story-image
ADS

Perjuangan JDT di pentas Piala AFC 2017 berakhir selepas tumpas 1-2 kepada Ceres Negros FC pada aksi separuh akhir kedua, sebentar tadi.

Biar pun membawa bekalan dengan agregat 3-2 ke gelanggang lawan, ternyata nasib tidak menyebelahi anak buah Benjamin Mora.

Ceres Negros berjaya mara ke perlawanan akhir walaupun agregat terikat 4-4 dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Aksi di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina itu menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului berada di depan di separuh masa pertama.

Kedudukan 1-0 itu pastinya memberi tekanan buat Safiq Rahim dan rakan-rakan.

Namun, JDT tampil menyamakan kedudukan di minit ke-66 melalui sentuhan Gabriel Guerra.

Kedudukan 1-1 bagaimanapun masih memihak kepada skaud Harimau Selatan dengan agregat 4-3.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan lawan menggandakan serangan demi serangan ke kubu pertahanan wakil Malaysia itu.

Perlawanan yang sukar untuk JDT kali ini disamping terheret dengan sedikit insiden panas di hujung masa perlawanan.

JDT ditunjukkan jalan keluar daripada persaingan itu melalui sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada Ceres Negros.

Pemain JDT dikesan melakukan kekasaran terhadap pemain lawan ketika perebutan bola di udara dalam kota penalti.

Susulan itu, Fernando Rodriguez muncul sebagai wira pasukannya dengan menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Nasib kurang baik terus menimpa JDT apabila penjaga gol mereka, Farizal Marlias dikenakan kad merah.

Farizal gagal mengawal emosi apabila dengan bertindak pengadil dan penjaga garisan sehingga diarahkan keluar padang.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT mengulangi tahap pencapaian musim lalu yang turut kecundang di peringkat separuh akhir berbanding musim 2015 dengan menjuarai trofi berkenaan.

 

Lihat Komen