malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Kalah menang adat permainan, dan kadang-kadang tewas sekali tidak bermakna perjuangan akan berakhir.

Itu yang terjadi pada skuad lelaki China apabila mereka tumpas di tangan Taiwan pada awal kejohanan FIBA 3x3 semalam.

Di akhir kejohanan pasukan China muncul sebagai juara.

China adalah satu-satunya negara yang mendapat dua pingat dalam kejohanan ini yang diadakan di Gem-in-Mall, Cyberjaya sejak 27 Mei lalu.

Ia tercipta apabila skuad terbabit mengalahkan Taiwan 17-12 untuk pingat emas.

Taiwan pula terpaksa akur kepada penguasaan awal skuad China dan hanya berpuas hati dengan memungut pingat perak. Juara bertahan Qatar pula mendapat pingat gangsa selepas mengalahkan Lubnan 21-16

Sementara itu skuad wanita China menduduki tempat ketiga dengan pingat gangsa mengalahkan Singapura 17-14.

Kejohanan FIBA 3x3 Asia bawah 18 tahun itu diadakan kali kedua di Malaysia dengan kerjasama antara Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) dan FIBA.

Pemain China, Li Hoanan, 17 tahun dinobatkan pemain terbaik kategori lelaki manakala Lea Kahol dari Indonesia dianugerahkan pemain terbaik wanita.

Dalam acara shoot-out campuran, Huynh Vinh Quang dari Vietnam mengalahkan Evelina Borissova (Kazakhstan) dengan perbezaan satu mata. Selma Shaban menguitp pingat gangsa untuk Jordan.

Kejohanan FIBA 3x3 Asia kali ini disertai oleh 32 pasukan dari 17 buah negara.

Berikut dalah kedudukan rasmi pada akhir kejohanan:
Kategori Lelaki:

  1. China
  2. Taiwan
  3. Qatar
  4. Lubnan
  5. Sri Lanka
  6. Malaysia
  7. Filipina
  8. Jepun
  9. Kyrgyzstan
  10. Kazakhstan
  11. Bahrain
  12. Indonesia
  13. Turkmenistan
  14. Vietnam
  15. Singapura
  16. India

Kategori Wanita:

  1. Indonesia
  2. Malaysia
  3. China
  4. Singapura
  5. Filipina
  6. Lebanon
  7. Jepun
  8. Sri Lanka
  9. Chinese Taipei
  10. Kazakhstan
  11. Kyrgyzstan
  12. Bahrain
  13. Jordan
  14. Vietnam
  15. India
  16. Turkmenistan
Lihat Komen