malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Harimau Selatan bangkit 'makan' Ceres
Diterbitkan:  May 17, 2017 11:17 PM
Dikemaskini: 3:52 PM
ADS

Skuad Harimau Selatan membuktikan mereka mampu menangani cabaran Ceres Negros FC pada aksi suku akhir pertama Piala AFC 2017 dengan kemenangan tipis 3-2, sebentar tadi.

Bermain di gelanggang sendiri, anak buah Benjamin Mora sekurang-kurangnya melegakan penyokong mereka selepas diberi saingan sengit pasukan lawan.

Persembahan seimbang dari aspek serangan ditunjukkan kedua-dua pasukan khususnya di 45 minit pertama, namun JDT mempamerkan kesilapan di posisi pertahanan sehingga di bolosi dua gol dalam empat minit.

Jaringan pertama terhasil di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos melalui Gonzalo Cabrera pada minit ke-17.

Menerima umpanan rakan sepasukan dari tengah padang, penyerang dari Argentina itu membuat larian solo sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kiri gawang Ceres.

Bagaimanapun, empat minit berselang giliran pasukan tuan rumah pula dihukum dengan go menyamaan pelawat.

Tandukan terbang Fernando Rodriguez menerima hantaran silang rakan sepasukan berjaya menewaskan Farizal Marlias untuk kedudukan 1-1.

Pada minit ke 24, giliran Bienvenido Maran On menghukum kelalaian benteng pertahanan pasukan JDT untuk Ceres Negros mendahului dengan jaringan 2-1.

Membuat larian solo dari tengah padang, pemain berjersi nombor tujuh itubijak membuat rembatan memperdayakan pemain pertahanan JDT sekali gus menewaskan Farizal.

Kedudukan itu sedikit sebnayak memberi tekanan buat kem Harimau Selatan sekali gus kembali memperkemaskan momentum permainan mereka.

Di penghujung separuh masa pertama, kapten JDT bagaimana pun kembali meletakkan pasukannya dalam situasi melegakan apabila berhasil mencipta gol penyamaaan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus mempamerkan aksi berbalas serangan, namun kelebihan ternyata berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Pada minit ke-68, Ahmad Hazwan Bakri muncul sebagai hero pasukan selepas mencipta gol ketiga meletakkan JDT kembali di depan dengan kedudukan 3-2.

melalui satu serangan balas, boa hantaran Safiq tepat ke kaki Ahmad Hazwan yang bertindak memusingkan badan dan merembat bola leret untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Berdasarkan keputusan itu, juara Piala AFC 2015 itu akan membawa bekalan agregat 1-0 untuk bertandang ke gelanggang lawan pada aksi suku akhir kedua dijadualkan 31 Mei ini.

 

Lihat Komen