Separuh akhir milik Kedah, N Sembilan dan Terengganu

(Dikemaskini )

Kedah mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-0 mengatasi PKNP FC walaupun tewas 0-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Skuad Helang Merah membawa bekalan kemenangan 6-1 di Stadium Darul Aman pada aksi suku akhir pertama 1 April lalu.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, skuad Negeri Sembilan turut mencuri satu slot ke separuh akhir dengan menewaskan Sabah dengan agregat 1-0.

Sementara itu, slot ketiga separuh akhir berpihak kepada Terengganu yang menewaskan sarawak melalui penentuan sepakan penalti.

Akis di Stadium Negeri, Kuching pasukan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit perlawanan.

Skuad Penyu mengungguli saingan sepakan penalti dengan jaringan 4-1.

Terdahulu, kedua-dua pasukan turut terikat 1-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu.

Satu lagi slot ke separuh akhir akan direbut oleh penyandang juara, JDT yang bakal menerima kunjungan Pahang, Ahad nanti.

Cabaran separuh akhir akan menyaksikan pertembungan antara Kedah dan Terengganu, manakala Negeri Sembilan menanti nasib JDT ataupun Pahang.

 

Share