malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Persatuan Hoki Kelantan perlu kemuka permohonan bantuan
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 3:48 PM
Dikemaskini: 7:57 AM
ADS

Kerajaan negeri meminta Persatuan Hoki Kelantan mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan serta cadangan bagi memperkasakan sukan hoki di negeri itu untuk diteliti Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata permohonan itu perlu bagi mereka merangka peruntukan, perancangan dan keperluan lain bersesuaian dengan dasar serta kemampuan kerajaaan negeri.

"Persatuan Hoki Kelantan perlu buat kertas dasar bagaimana kerajaan negeri dapat membangunkan sukan ini seperti bola sepak dan sukan lain," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu hari ini.

Bernama semalam melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kelantan, Hasnizam Hassan menggesa kerajaan negeri membantu pembangunan sukan itu di negeri ini kerana ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan remaja.

Hasnizam dipetik sebagai berkata setakat ini persatuan itu hanya bergantung kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Konfederasi Hoki Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam penyediaan infrastruktur, program pembangunan atlet dan penganjuran kejohanan.

- Bernama

Lihat Komen