malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
SPRM cari 'Ah Chong'
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 9:07 PM
Dikemaskini: 1:10 PM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum, bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan MISC- Mifa.

"Saksi yang dicari adalah Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai Ah Chong di kalangan pemain bola sepak tempatan," kata kenyataan agensi itu hari ini.

Menurut SPRM, Ah Chong sebelum ini pernah bermain untuk pasukan sepak Selangor dan Negeri Sembilan.

Kata agensi antirasuah itu, dia diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM dengan secepat mungkin bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

Pada 6 April lalu, SPRM menahan tiga pemain Mifa - termasuk seorang pemain import - kerana syaki mengambil rasuah daripada bookie.

Turut ditahan, seorang lelaki dipercayai menawarkan sejumlah wang kepada pemain kelab tersebut bagi penentukan sesuatu perlawanan membabitkan pasukan mereka.

SPRM berkata, jika gagal berbuat demikian, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Ah Chong mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ah Chong diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533," tambah kenyataan itu.

Lihat Komen