Piala Thomas, Uber 2018 berlangsung di Bangkok

(Dikemaskini )

Bangkok mengalahkan New Delhi untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2018.

Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan bandar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2019, walaupun Tokyo turut mengemukakan pencalonan.

Sementara itu beliau berkata bandar raya Nanjing, China dipilih untuk menjadi hos Kejohanan Dunia BWF 2018 dan bandar raya Nanning juga di China dipilih menjadi hos kejohanan Piala Sudirman 2019 setelah hanya dua bandar raya itu yang mengemukakan pencalonan mereka bagi dua kejohanan tersebut.

Poul mengumumkan pemilihan tuan rumah di Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Persatuan Badminton Thailand, Paisan Rangsikitpho berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber.

"Kami sangat gembira dan terharu dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas buat kali kedua selepas 1976 dan Piala Uber buat pertama kali.

"Kami telah memilih Arena Impact di Bangkok sebagai venue pertandingan bagi kedua-kedua kejohanan dan berharap pasukan kami akan melakukan yang terbaik di gelanggang sendiri," katanya.

-Bernama
 

#}