malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Maraton Perlis: Peugeot RM120,000 menanti pelari
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 3:35 PM
Dikemaskini: 7:37 AM
ADS

Kereta Peugeot 408 Turbo bernilai RM120,000 menanti peserta Maraton Perlis 2017 di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, 30 April ini.

Kereta tersebut, sumbangan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd. (Naza Automotive), merupakan hadiah utama acara cabutan bertuah bagi semua peserta dalam 16 kategori yang berjaya menamatkan larian masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Abdul Jamil Saad berkata acara edisi ketiga itu mendapat sambutan hangat apabila hampir 6,500 peserta tempatan dan antarabangsa telah mendaftar.

Katanya, hampir semua pendaftaran diterima dalam talian termasuk oleh pelari dari negara-negara ASEAN bagai acara maraton penuh sejauh 42km.

Acara itu, yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000, turut mempertandingkan kategori 21km (separuh maraton), 10km dan lima kilometer.

"Matlamat kerajaan negeri mendapat 10,000 peserta dijangka tercapai namun agar sedih kerana pendaftaran oleh rakyat Perlis termasuk dalam acara separuh maraton amat kurang," katanya kepada Bernama, hari ini.

Perlis Maraton 2017 dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan penaja utama, Naza Automotive dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Orang ramai boleh mendaftar dalam talian dan mendapat maklumat lengkap dengan melayari www.myraceonline.com atau mengisi borang sebelum penyertaan ditutup pada 16 April ini.

-Bernama

Lihat Komen