malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Essien ke Indonesia, isteri beli kelab Itali
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 2:52 PM
Dikemaskini: 7:03 AM
ADS

Ketika bintang Chelsea mencuri tumpuan dengan berhijrah ke kelab Indonesia, Persib Bandung, isterinya pula bertindak membeli sebuah kelab Itali, Calcio Como.

Akosua Puni Essien membayar sejumlah 237,000 euro (RM1.1 juta) dalam usaha untuk memiliki kelab divisyen tiga itu melalui lelongan.

Dana itu tidak termasuk pembelian pusat latihan pasukan dan penjenamaan semula nama kepada FC Como.

"Sukacita dimaklumkan kepada warga Como bahawa Akosua Puni, isteri kepada Essien merupakan pemilik baharu kelab ini,” menurut kenyataan rasmi kelab.

"Pemilik juga berjanji akan berusaha membawa masuk FC Como ke Serie B secepat mungkin dan mengembangkan pemain muda berbakatnya supaya menunjukkan kemampuan terbaik."

Puni Essien menggambarkan dirinya sebagai seorang usahawan, perunding, dermawan, dan ibu tiga orang anak di akaun Twitternya.

Michael Essien, pada musim lalu bermain untuk kelab Panathianikos dan Isnin lalu menyertai Persib Bandung.

Sementara itu, Como yang ditubuhkan pada 1907 sebelum ini beberapa kali bersaing di Serie A antara 1984 hingga 1989.

Terbaru, mereka bersaing di liga utama Itali itu pada musim 2002/2003 sebelum tersingkir dan pernah dilaporkan muflis.

Lihat Komen