malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Messi gesa akhiri derita kanak-kanak Syria
Diterbitkan:  Mar 16, 2017 1:18 PM
Dikemaskini: 5:41 AM
ADS

Bintang Barcelona, Lionel Messi menyeru agar perang di Syria dihentikan memandangkan terlalu banyak kanak-kanak menjadi mangsa akibat konflik yang berlarutan.

Melalui kenyataan di Facebook semalam, penyerang dari Argentina itu berharap kekerasan dan kekejaman terhadap kanak-kanak Syria dapat ditangani segera.

"Hari perang sudah terlalu lama. Anak-anak Syria menjadi korban kekerasan dan kekejaman selama enam tahun, membuatkan mereka menderita," katanya.

"Sebagai seorang ayah dan duta UNICEF (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), saya berasa sedih.

"Berikan suara anda kepada UNICEF untuk mengakhiri perang," tambahnya dalam tulisan yang turut disertakan satu video lagu berjudul Heartbeat mengenai penderitaan kanak-kanak Syria.

Konflik di negara itu tercetus pada pertengahan Mac 2011 bermula dengan penentangan terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Sehingga 2016 seramai 652 kanak-kanak dilaporkan menjadi korban meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan lebih 250 meninggal dunia.

Seruan Messi itu merupakan pendekatan yang diambilnya sebagai duta UNICEF sejak 2004.

Selain itu, pemain berusia 30 tahun itu turut memberi perhatian terhadap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak melalui Leo Messi Foundation.

Sebelum ini, dia turut menarik perhatian ramai apabila menyatakan rasa simpati terhadap seorang kanak-kanak dari Afghanistan, Murtaza Ahmadi yang menyarungkan beg plastik berbelang biru putih seperti warna jersi Argentina.

Beg plastik bertulis nama Messi yang dipakai Murtaza itu viral di media sosial sehingga mendapat perhatian bintang bola sepak itu untuk bertemu dan membantu kanak-kanak tersebut.

Lihat Komen