malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Juarai All England, Chong Wei belum mahu bersara
Diterbitkan:  Mar 12, 2017 10:50 PM
Dikemaskini: Mar 13, 2017 9:41 AM
ADS

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All England buat kali keempat dengan menewaskan pemain muda dari China, Shi Yuqi.

Chong Wei mencatat kemenangan mudah dengan 21-12 dan 21-10 dalam perlawanan selama 45 minit yang berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham.

Set pertama dan kedua menyaksikan Chong Wei mendominasi permainan apabila Shi Yuqi gagal mengikut rentak pemain no. 1 dunia itu.

Chong Wei turut memberi jaminan akan beraksi dalam All England di Glasgow, Scotland pada 2018 sekali gus mengetepikan saranan agar bersara dari dunia badminton.

"All England adalah kejohanan kegemaran saya. Ya, jumpa anda di sana," jawab beliau ringkas.

Chong Wei mengulangi kejayaan manis menjuarai kejohanan All England pada 2010, 2011 dan 2014.

Ia merupakan kemenangan ketiga Chong Wei ke atas Shi Yuqi selepas kali pertama menewaskannya di Terbuka Kanada pada 2015 dan Terbuka Jepun pada 2016.

 

 

Lihat Komen