malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Sukan
'Komplot' 5 bintang Barcelona undurkan Enrique
Diterbitkan:  Mar 6, 2017 6:59 PM
Dikemaskini: 11:12 AM
ADS

Lima bintang Barcelona dilapor berperanan dalam usaha mendesak pengurus kelab gergasi Sepanyol itu, Luis Enrique berundur.

Lionel Messi, Luis Suarez, Gerard Pique, Andres Iniesta dan Sergio Busquets dikatakan terlibat mendesak pengurusan kelab supaya tidak meneruskan kontrak Enrique.

Kelima-lima pemain itu mengadakan pertemuan dan menyatakan hasrat mereka kepada Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, lapor Antaranews yang memetik laporan media Sepanyol, Don Balon..

Ia susulan kekecewaan mereka terhadap jurulatih berusia 46 tahun itu, namun tidak dinyatakan puncanya.

Justeru mereka berharap, Bartomeu dapat menyampaikan harapan dan pendapat mereka kepada Enrique

ADS

Terdahulu, Enrique mengumumkan keputusan untuk tidak menyambung kontraknya di Barcelona selepas musim ini berakhir.

Hasrat itu dinyatakan sebaik anak-anak didiknya membelasah Sporting Gijon 6-1 dalam aksi ke-26 La Liga, Khamis lalu.

"Saya tidak akan berada di Barcelona musim depan. Ini merupakan satu keputusan sulit dan memerlukan tempoh yang lama untuk memikirkannya.

"Saya akan meemberi tanggungjawab penuh dalam baki tiga bulan akan datang. Alasanya lebih kepada pertimbangan profesional. Maksunya saya perlukan waktu rehat," kata jurulatih kelahiran Sepanyol itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen