malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Harimau Kumbang berjaya ikat PKNS FC
Diterbitkan:  Mar 4, 2017 6:50 PM
Dikemaskini: 11:07 AM
ADS

Selepas menguntip satu mata pertama pada perlawanan lalu, Pulau Pinang belum berdaya untuk mengutip tiga mata penuh.

Namun, skuad Harimau Kumbang sekurang-kurangnya berjaya mengikat PKNS FC dengan keputusan 1-1 pada aksi kelapan Liga Super, sebentar tadi.

Berkunjung ke Stadium Shah Alam, anak buah Ahsley Westwood sekali lagi berjaya menghidari kekalahan yang membelenggu mereka sejak awal musim ini.

Skuad The Red Ants tampil menguasai perlawanan di separuh masa pertama selepas mendahului pasukan pelawat pada minit ke-28.

Jaringan Patrick Ronaldinho Wleh membolehkan kelab bimbingan E Elavarasan itu berada di depan selepas mereka kerugian satu gol melalui sepakan penalti.

Sepakan yang diambil Matias Hadwa pada minit ke-12 gagal disempurnakan sekali gus mengecewakan penyokong mereka.

Separuh masa kedua pula menyaksikan Pulau Pinang bangkit menyamakan kedudukan melalui penyerang import mereka, Nigel Dabingyaba pada minit ke-53.

Keputusan seri 1-1 itu bagaimanapun tetap mengekalkan kedudukan Pulau Pinang di tangga tercorot liga, manakala PKNS FC menghuni tangga kesembilan.
 

Lihat Komen