malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Zaidatul pecah rekod 100m wanita kebangsaan
Diterbitkan:  Mar 4, 2017 6:02 PM
â‹…
Dikemaskini: 10:40 AM
ADS

Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dilaporkan berjaya memadam rekod 100 meter kebangsaan wanita yang dicipta G Shanti pada tahun 1993.

Beraksi di Johannesburg, Afrika Selatan, pelari berusia 24 tahun itu merekodkan catatan masa 11.35 saat, berbanding rekod dilakukan Shanti 11.50 saat pada 24 tahun lalu.

 

Rekod itu dicipta di Kejohanan Olahraga Tempatan AGN di Groenkloof, iaitu salah satu pengisian dalam misi latihan menjelang Sukan SEA 2017.

Selain Zaidatul, 11 atlet lain turut serta dalam persiapan tersebut. Antaranya seperti Siti Fatimah Mohamad dan raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan.

 

Lihat Komen