malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
ADS

LIGA ABL | Pasukan Malaysia, Westports Malaysia Dragons, berjaya membenamkan pasukan Alab Pilipinas dalam aksi perlawanan Liga Bola Keranjang Asean, semalam dengan keputusan 79-77.

Dragons yang pada awalnya menguasai perlawanan mendapat tentangan sengit dari Alab Pilipinas, memaksa kedudukan terikat di minit-minit terakhir perlawanan.

Bagaimanapun, hanya lapan saat sebelum wisel penamat dibunyikan, pemain Dragons, Kiwi Gardner diberikan dua jaringan 'free throw' selepas 'foul' dilakukan pemain Alab Pilipinas, menjadikan kemenangan akhirnya berpihak kepada tuan rumah.

Kemenangan ketiga Dragons itu mengubati sedikit kekecewaan penyokong tempatan musim ini, lantas memberi nafas baru untuk beraksi dalam playoffs, April nanti.

Di pihak Dragons, Skylar Spencer berjaya menjaringkan 22 mata, 22 rebounds dan 4 blocks manakala Kiwi Gardner pula mendapat 21 mata, 6 rebound, 5 assist dan 6 steal.

Dari pasukan Alab Pilipinas pula, Robby Celiz mengguguli 23 mata dan Sampson Carter memperoleh 21 mata.

Ketika ditemui Malaysiakini Sukan selepas itu, Kiwi menarik nafas lega kerana dapat melengkapkan kedua-dua jaringan free throw itu.

"Saya gembira dapat menebus kekalahan kami yang lalu di Manila pada Jumaat lepas," katanya ketika ditemui di House of Champions, Gem in Mall di Cyberjaya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Christopher Thomas gembira dengan kemenangan tersebut, namun merasakan ia masih belum cukup buat mereka.

"Dragons pada mulanya di hadapan dengan lebih 10 mata dalam tiga suku pertama, para pemain kita mula menyimpang dari strategi asal.

"Untuk menjadi yang terbaik, pasukan yang hebat perlu melakukan setiap langkah yang betul pada setiap perlawanan," katanya.

Ketika pertengahan musim ABL ini, antara yang turut merebut tiket terakhir di posisi keempat adalah Kaohshiung Truths dan Saigon Heat, masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Dragons pula kini berada di kedudukan tercorot dalam liga.

Pasukan Malaysia itu akan berentap dengan Saigon Heat pada 24 Februari di Cyberjaya.

Lihat Komen