malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Harimau Malaysia dapat jersi baru hitam-putih
ADS

Skuad bola sepak kebangsaan melalui syarikat pengeluar barangan sukan - Nike, memperkenalkan jersi baru skuad Harimau Malaysia sesi 2016 hingga 2018 pada majlis pelancaran di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Dua rekaan jersi baru ditampilkan masing-masing berwarna hitam dengan jalur kuning di sisi kiri dan kanan, manakala satu lagi berwarna putih berjalur biru di bahagian sisinya.

Dengan rekaan itu, pasukan kebangsaan tidak lagi menonjolkan warna kuning dan biru yang sinonim dengannya sejak sekian lama.

Penggunaan bendera Malaysia di bahagian dada pula diganti dengan logo rasmi FAM.

Jersi 'home' (hitam) dan jersi 'away' (putih) itu akan mula digunakan skuad negara pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar bermula Ahad ini (20 November).

Majlis pelancaran pagi tadi itu dihadiri ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee serta empat pemain Harimau Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Nazirul Naim Che Hashim dan Matthew Davies.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo.

Sementara itu FAM dalam kenyataan hari ini berkata, jersi 'home' skuad Harimau Malaysia sebelum ini menggunakan warna kuning sebagai warna utama dan pastinya penggunaan warna hitam sebagai warna utama adalah sesuatu yang baru buat peminat bola sepak negara.

"Ini akan memberi sedikit rasa pembaharuan kepada pasukan serta kelainan dari segi design untuk peminat dan pengumpul jersi kerana lima keluaran jersi dari tahun 2007 hingga kini menggunakan tema yang sama," kata kenyataan tersebut.

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen