malaysiakini logo
ADS
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Barcelona tetap sokong Messi walau bersalah
Diterbitkan:  Jul 10, 2016 3:15 PM
Dikemaskini: 7:23 AM
ADS

Selepas Lionel Messi disabitkan kesalahan menipu cukai dan dihukum penjara kelab Barcelona FC menggerakkan kempen di media sosial untuk membela penyerang mereka.

Kelab gergasi Sepanyol itu menggesa orang ramai memberikan sokongan padu kepada Messi dengan menggukanan hashtag #WeAreAllLeoMessi.

Turut termasuk dalam kempen Barcelona itu, ajakan supaya peminat memuat naik gambar mereka dengan kedua-dua tapak tangan terbuka sebagai tanda solidariti.

"Kempen ini bertujuan mengajak penyokong Barcelona menyatakan simpati untuk pemain terbaik dunia dengan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi di media sosial," kata kenyataan disiarkan di laman sesawang kelab itu.

Pada Khamis lalu mahkamah Catalan mengarahkan Messi - yang baru saja mengumumkan persaraannya daripada mewakili skuad kebangsaan Argentia - dihukum penjara 21 bulan atas kesalahan menipu cukai.

ADS

Turut disabitkan kesalahan itu ialah bapanya, Jorge Messi.

Melalui pertuduhan itu anak beranak Messi terbabit didakwa gagal membayar £3.4 juta (RM17.6 juta) cukai atas hak penggunaan imej penyerang berbisa itu.

 

 

 

 

 

Bagaimanapun kedua-dua mereka terlepas daripada kurungan penjara kerana mengikut undang-undang Sepanyol pelaksanaan hukuman kurang daripada dua tahun - dan ia adalah kesalahan pertama - akan digantung.

ADS

Anak beranak Messi itu mengaku tidak bersalah.

Sebagai hujah membela diri di mahkamah Messi berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai isu cukai berkenaan kerana sepanjang masa dia hanya "memikirkan tentang bola sepak."

Bapanya pula menyalahkan penasihat kewangan mereka kerana gagal melunaskan cukai berkenaan.

Namun di sebalik kempen itu ramai juga yang mentertawakan kelab berkenaan.

Sejurus selepas kempen itu dimulakan pengguta Twitter menyatakan rasa terkejut dengan pendirian Barcelona mempertahankan seorang pesalah undang-undang.

Kata mereka sikap ditunjukkan Barcelona itu tidak sepatutnya dilakukan kerana Messi secara rasmi dianggap penjenayah mengikut peraturan di Sepanyok.

Sesetengah peminat pula membandingkan sikap Barcelona dengan Liverpool yang turut memihak kepada pemain mereka, Luis Suarez, yang didapati FA England terlibat dalam salah laku menghina pemain Perancis, Patrice Evra, pada 2011.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen