Musim bersunat kali sedikit berbeza susulan Covid-19.
Bukan itu sahaja, seperti kebiasaan baru lain, ia juga berlangsung dengan standard operasi piawai (SOP) tersendiri antaranya kanak-kanak, ibu bapa dan pengamal perubatan memakai pelitup muka.
Lensa Malaysiakini merakamkan pengalaman menuju ke alam keremajaan kira-kira 40 kanak-kanak daripada lima ke 12 tahun di Gombak, Selangor.
Mereka disunatkan dalam acara beramai-ramai.