Sempena sidang media mengenai rancangan syarikat Tsuburaya Productions Co Ltd (TPC) mengembangkan perniagaan mereka, watak adiwira yang banyak mempengaruhi kanak-kanak sejak puluhan tahun silam membuat kemunculan istimewa pada 8 Ogos.
Ada beberapa watak yang dibawa khas ke sidang media itu.
TPC juga mengumumkan bahawa mereka adalah pemegang hak eksklusif bagi jenama Ultraman.