LENSAKINI

Tamat hari pertama

Azneal Ishak

3 Apr 2019, 10:23 am

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Anggota parlimen Pekan yang juga bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mula dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Kes Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendengar perbicaraan yang dikendalikan Peguam Negara Tommy Thomas.

Muhammad Shafie Abdullah pula bertindak sebagai ketua peguam bela. Najib didakwa melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana sebanyak RM42 juta.

Beliau adalah bekas perdana menteri Malaysia yang pertama pernah didakwa di mahkamah.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.