Tahun Baru Cina dengan rasminya berakhir dengan sambutan Chap Goh Meh semalam.
Petaling Jaya antara tempat sambutan tradisi itu dijalankan.
Dikenali sebagai “Hari Kekasih” bagi masyarakat Cina, secara tradisinya gadis bujang akan membaling buah oren bertulis nama dan nombor telefon.
Si teruna pula akan menulis butiran sama di pisang, dengan harapan diambil oleh bakal pasangannya.
Tradisi ini menariknya hanya diamalkan di Malaysia sahaja. Di negara China sendiri ia tidak diamalkan.