Semenyih bukan semata-mata tentang perebutan parti politik untuk kerusi DUN Selangor.
Sama seperti tempat lain, ada banyak kegiatan ekonomi yang berlangsung di pekan di selatan Selangor, termasuk kedai besi buruk dan barangan terpakai di Jalan Sungai Lalang ini.
Di situ seorang remaja, Kisyen Kumar, 17, menjadi pembantu kepada bapa saudaranya, G Subramaniam, mengendalikan urusan jual beli pelbagai barang yang boleh didagangkan.
Mereka menjual barang terpakai tersebut dari serendah 10 sen hingga RM2,000.